WAZAKKIR FAINNAZIKRA TANFAALIL MUKMININ

"Barangsiapa yg ada padanya 3 syarat ini, ia dapat merasai kemanisan Iman:Pertamanya, jika ia mencintai Allah dan RasulNya mengatasi kasihnya pada yg lain.Keduanya, jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan Allah dan Ketiganya, jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka"

Tuesday, September 28, 2010

MEMPERBURUK KEBAIKAN MEMPERCANTI KEJAHATAN

“Dan ingatlah ketika Allah berfirman kepada para malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam”,maka mereka sujudlah mereka kecuali iblis,ia enggan dan takbur dan ia termasik golongan orang-orang yang kafir”

Rentetan peristiwa itu, Iblis telah berjanji kepada Tuhan,bahawa akan menyesatkan golongan umat manusia agar mengikut jejah langkah mereka sehingga hari kiamat..

Untuk renungan semua..saya lampirkan satu cerita bagaimana seorang ahli ibadah (abid ) dapat ditakluki oleh iblis (syaitan ). Dibisikkan di hati abid untuk lakukan itu dan ini….Dalam satu hadith Baginda s.a.w dari Wahab bin Munabbih dikisahkan, bahawa dulu dalam kalangan Bani Israel, ada seorang ahli ibadah (abid ) yang paling rajin beribadah pada zamannya.

Kemudian datang tiga orang lelaki bersaudara yang mempunyai seorang adik perempuan yang masih gadis. Ketika ada seruan supaya ikut berperang, tiga saudara itu bingung hendak ditinggalkan kepada siapa adiknya itu.

Kemudian mereka sepakat untuk meninggalkan adiknya itu kepada abid Bani Israel tersebut.Kerana hanya kepada dialah mereka percaya bahawa adiknya itu akan aman dari perkara-perkara yang tidak diingini. Mereka lalu berangkat menuju ke rumah abid itu lalu menyampaikan maksud kedatangan mereka kepadanya.

“Maksud kedatangan kami ke sini hendak menumpangkan adik kami kepada tuan sampai kami pulang dari medan perang ,kata mereka. Pada mulanya abid itu menolak. Namun kerana terus didesak, akhirnya abid itu berkata: “Baiklah kalau begitu, tempatkanlah adikmu ini di rumah kosong dekat rumah ibadahku ini.Saya akan menjaga keselamatannya.
Setelah mereka menempatkan adiknya di rumah yang ditunjukkan oleh abid itu, maka tiga bersaudara itu langsung berangkat ke medan jihad dengan perasaan lega. Gadis itu tinggal di rumah dekat rumah abid beberapa waktu lamanya.

Bila dating waktu malam, abid berhenti dari ibadahnya, lalu meletakkan makanan di depan pintu rumah ibadahnya kemudian pintu itupun ditutupnya kembali. Kemudian dari dalam rumah ia menyeru kepada gadis itu agar mengambil makanan tersebut.Lalu anak gadis itu keluar mengambil makanan yang elah tersedia, begitu seterusnya sampai beberapa kali.

Iblis memainkan peranannya. Dibisikkannya pada hati abid tersebut itu supaya menghantar makanan ke rumah gadis tersebut. Lebih baik kamu hantar makanan itu dan kamu letakkan di depan pintu rumah anak gadis tersebut, maka pahalanya akan lebih besar. Di samping itu, apa kata orang nanti kalau seandainya melihat anak gadis itu datang ke tempat ibadahmu pada siang hari, bisik iblis.

Maka diikutinya bisikan iblis terkutuk tersebut. Kini makanan itu dihantar sendiri oleh abid dan diletakkan di pintu rumah anak gadis tersebut. Mula-mula ia terus kembali ke tempat ibadahnya setelah mengirim makanan, akan tetapi iblis mulai membisikkan lagi. Alangkah baiknya kalau kamu singgah seketika sahaja. Tentu anak gadis itu akan terhibur kalau kamu ajak bersembang-sembang tentang sesuatu. Dia sangat kesepian.

Kerana ada merasa ada yang membisikkan dalam hatinya, maka pertama kali si abid hanya singgah sebentar dan berbicara perkara yang penting saja. Setelah beberapa lama, si abid mulai berani berbincang-bincang dengan masa yang panjang dan semakin lama duduknya semakin dekat hingga berhimpitan.Kemudian si abid mula berani memegang dan menyentuh paah gadis itu serta mencium pipinya,

lalu................

terjadilah apa yang selama ini ditakutkan oleh saudara-saudaranya yang pergi berperang itu. Gadis itu akhirnya hamil dan melahirkan seorang bayi lelaki. Ternyata iblis tidak membiarkan setakat itu sahaja. Dibisikkannya ke dalam hati abid itu untuk mengerjakan perbuatan lebih keji lagi dan lebih kejam.

Kata iblis, “Bagaimana kalau saudara-saudara perempuan itu dating dan tahu adiknyatelah melahirkan bayi hasil hubungan di luar nikah denganmu. Apa yang hendak engkau lakukan. Tentu mereka akan marah dan memberitahukan kepada orang ramai tentang aibmu.Sekarang kamu harus membunuh bayi itu beserta ibunya dan tanam ke dalam tanah dalam-dalam.

Si abid pun akhirnya nekad, dibunuhnya perempuan itu dan anaknya sekaligus,lalu ditanamnya dan ditimbus dengan batu,. Setelah itu dia segera menuju ke tempat ibadahnya dan berpura-pura beribadah seperti biasa. Ketika ketiga bersaudara itu pulang dan menanyakan adiknya, si abid memberitahukan bahawa adik mereka telah meniggal dunia kerana sakit. Dia berpura-pura menangis sambil memuji kebaikan dan tingkahlaku seta akhlak anak gadis itu.Lalu menunjukkan kuburnya.

Tiga bersaudara itu lalu menziarahi kubur adiknya.Mereka pun menangis kerana tidak dapat menahan rasa haru dan hiba. Setelah beberapa hari tinggal di kubur tersebut, mereka pulang ke rumah. Pda suatu malam, ketika tiga bersaudara iti tidur, mereka didatangi iblis dengan menyamar sebagai seorang musafir. Iblis itu mengatakan bahawa si abid telah berdusta.

“Adikmu itu tidak mati kerana sakit, dan kubur yang ditunjukkan kepadamu bukanlah kubur adikmu yang sebenarnya, Yang benar, adikmu telah hamil sehingga melahirkan seorang anak lelaki. Kerana takut kepada kamu dan diketahui masyarakat, maka adikmu beserta bayinya telah dibunuh dengan kejam .lalu dimasukkan ke dalam lubang yang ia gali di sebelah kanan pintu belakang rumah tempat tinggal adikmu itu,. Kalau kamu tidak percaya, lihatlah di sana. Pasti kamu menemukan mayat adikmu dan bayinya yang telah busuk”.Ujar iblis.

Pagi-pagi lagi, tiga bersaudara itu pergi ke rumah kosong tempat tinggal adiknya dulu. Setelah pintunya dibuka, mereka menuju ke tempat yang ditunjukkan dalam mimpi. Ternyata mimpi ittu sesuai dengan kenyataan.Mereka pun terkejut saat melihat mayat adiknya beserta anaknya dalam kubur seperti yang ditunjukkan dalam mimpi. Setelah itu mereka langsung menuju ke tempat si abid dan menyiasat perkara tersebut. Akhirnya si abid itu mengaku semua perbuatannya. Kemudian ia diseret dari tempat ibadahnya lalu disalib di tanah lapang.

Iblis tidak berpuas hati sampai di situ sahaja. Dia berkata kepada si abid yang sedang diikat pada kayu salib, “Tentu kamu telah tahu kalau aku adalah teman kamu. Aku goda kamu dengan seorang wanita hingga hamil, lalu kamu bunuh dia beserta anaknya. Sekarang kalau kamu mahu mentaati segala perintahku dan ingkar kepada Allah yang telah menciptakanmu, aku akan selamatkanmu dari semua hukuman ini.
Akhirnya abid menuruti semua kemahuan syaitan. Dia menyatakan kafir kepada Allah. Ternyata setelah itu iblis tidak mahu menolongnya. Akhirnya dia mati di tiang salib dalam keadaan kafir.

Pengajaran : Dari kisah di atas dapatlah kita ketahui bagaiman iblis menjebak manusia. Bagaimana cara ia menutupi kemaksiatan dengan kebaikan agar disangka oleh manusia sebagai perbuatan baik yang meperolehi pahala, sehingga sesuatu itu menjadi samar-samar dan hati kita menjadi was-was.

Thursday, September 23, 2010

TAAT DAN MAKSIAT SAMA SAHAJA DISISI HATI YANG MATI

Ketika mengulas hadis Nabi s.a.w yang bermaksud , menuntut ilmu itu wajib bagi setiap Muslim, seorang bernama Fatah al-Mausili rahimahullah telah mengemukakan pertanyaan kepada muridnya: “benarkah seorang pesakit itu akan mati jika tidak dirawat dan tidak diberi makan dan minuman?”

“Benar katamu wahai tuan guru”.Jawab muridnya.Beliau seterusnya menegaskan, “Demikian juga hati manusia jika disekat selama tiga hari daripada menerima ilmu dan hikmah, pasti ia akan mati”.Yang dimaksudkaan ilmu itu ialah syariat yang menjelaskan hukum hakam dan peraturan Allah SWT.Sementara hikmah ialah kebijaksanaan menggunakan ilmu tersebut untuk menghubungkan diri dengan Allah SWT dan hubungan sesama manusia.

Rohani atau jiwa dicipta oleh Allah SWT untuk membolehkan manusia berhubung dengan Allah SWT , tubuh kasar manusia sama seperti tubuh kasar makhluk lain tidak layak untuk berhubung dengan zat Allah. Oleh kerana Allah SWT menghendaki agar manusia berhubung denganNya, maka diciptakan rohani atau jiwa manusia tidak dapat dilihat.

Apabila hati nurani manusia telah mati, maka kematiannya menyebabkan mereka kehilangan upaya untuk berhubung dengan Allah SWT .Inilah puncanya manusia tidak takut dengan dosa dan azab Tuhan, tidak merasa resah jika melakukan dosa dan maksiat, tidak merasa tenteram jiwanya jika taat dan ibadat kepada Allah SWT , malah taat dan maksiat sama sahaja disisi hati yang mati.

Manusia yang tidak mempunyai ilmu tidak akan mendekatkan dirinya dengan Allah SWT,malah tiada usaha untuk mencarinya, sepatutnya mereka mengetahui bahawa hati mereka sudah tenat , seolah sedang nazak menunggu saat kematiannya. Masalahnya,manusia tidak sedar hati dan rohani mereka telah mati, kerana kematian rohani tidak seperti kematian jaad yang dapat dilihat dengan mata kasar.Yang melalaikan manusia dari menyedari kematian rohaninya, diantaranya ialah terlalu kasih dan asyik serta bekerja keras untuk mencari kelazatan duniawi.Situasi itu melumpuhkan deria dari merasai kematian rohaninya sendiri.

Oleh kerana menumpukan sepenuh perhatian terhadap perkara duniawi semata-mata, hingga tiada lagi rasa gerun kepada azab neraka dan tidak peduli terhadap kemurkaan Allah SWT.Kita mohon agar Allah SWT melindungi dari tergolong didalam orang-orang yang dimurkaiNya.

Berkata Sayidina Ali : “Sesungguhnya manusia semasa hayatnya itu sedang tidur lena, mereka terkejut dan terjaga apabila kematian mendatanginya”.

Natijah dari perbuatannya dapat dilihat dengan nyata ketika ajal (sakaratul maut) tiba.Malangnya mereka tersedar ketika berada di ambang barzakh, segalanya sudah terlambat kerana hari pembalasan sduah jelas berada di depannya. Suatu hari Hanzalah bersama Abu Bakar menghadap Nabi s.a.w, mereka menyatakan rasa bimbang seolah dirinya berada di pinggir jurang munafik. Ini kerana ketika bersama Nabi s.a.w beliau bagaikan melihat syurga neraka di hadapan matanya.Tetapi bila beredar dari sisi Nabi s.a.w segalanya lenyap.

Nasihat Nabi s.a.w kepada dua sahabat tersebut itu : “ Kalau anda boleh mengekalkan keadaan sebagaimana ketika berdepan denganku, nescaya malaikat akan berjabat tangan dan mengusap belakangmu tanda terima kasih, kerana anda adalah insan yang mempunyai nilai tinggi umpama malaikat”.

Tetapi sebagai manusia biasa, ada ketikanya anda terlupa hari akhirat buat seketika, ingatan mungkin terganggu terutama ketika mengharungi urusan dunia. Namun berusahalah agar ingatan dan pendirian anda kekal sebagaimana anda bersama-samaku.

Ibnu Mas’ud r.a seorang sahabat yang sangat akrab dengan Nabi s.a.w berkata, “ Menjadi kewajipan kamu menuntut ilmu, sebelum ilmu tersebut di angkat kelangit oleh Allah SWT, iaitu dengan matinya para ulama.Tidak seorang pun insan dilahirkan dalam keadaan berilmu, bahkam ilmu diperolehi dengan mempelajarinya”.

Setelah alim ulama dimatikan oleh Allah SWT, maka tiada lagi guru yang akan mengajar ilmu berkaitan dengan Allah SWT. Justeru, tuntutlah ilmu selama ilmu masih wujud di dunia ini.

Manusia Adalah Hamba

Firman Allah SWT :

Surah Az-Zariyaat ayat 56-58 maksudnya :

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepadaKu. Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberiKu makan . Sesungguhnya Allah, Dialah Maha pemberi rezeki yang mempunya kekuatan lagi sangat kukuh"

Apa yg tersirat di sebalik ayat ini..

Semoga menjadi renungan buat semua..

Walau apapun pangkat,kedudukan dan siapa kita..seorang Raja,Perdana Menteri,Guru,Doktor dan apa juga kedudukannya, hakikatnya kita adalah Hamba Allah SWT. Oleh itu, kita hendaklah sedar dari mana kita datang ? apa tujuan kita dijadikan ? Ke mana hala tuju kita selepas kita dimatikan ?

Wahai insan, ingatlah kita datang dari Allah. Tujuan kita dijadikan adalah semata-mata untuk mengabdikan diri kepadaNya. Perjalanan kita terlalu jauh, destinasi kita adalah akhirat yang kekal buat selama-lamanya. Beruntunglah bagi insan yang memahami matlamat kewujudannya dan rugilah bagi orang yang lalai dengan keseronokan dunia yang sementara.

Sebagai seorang hamba, setiap tingkahlaku kita sentiasa diperhatikan oleh Allah serta para malaikat yang menjadi petugas-petugasNya. Tidak ada sesuatu pu gerak kerja yang kita lakukan tidak direkodkan, malah semua perbuatan kita dicatat, begitu juga setiap ungkapan yang kita keluarkan semuanya akan dicatat sama ada baik ataupun sebaliknya.

Manusia sebagai Hamba Allah sewajibnya tunduk dan patuh kepada peraturan Allah sekiranya kita inginkan kebahagian di dunia dan juga akhirat. Pernahkah kita mengamati setiap kalimah ketika kita mendirikan solat,kita berikrar di hadapan Allah...

Sesungguhnya sembahyangku dan ibadahku,hidup dan matiku hanya bagi Allah, Tuhan sekalian Alam.

Akhirnya, marilah kita sama-sama memperbaiki diri agar kita menjadi hamba yang dikasihi Allah bukan hamba yang derhaka. Ingatlah ! kasih sayang Allah mengatasi kemurkaanNya. Maka setiap Muslim hendaklah sentiasa mencari redha Allah dalam setiap tingkah laku dan perbuatan yang dilakukan..

Tuesday, September 21, 2010

RAMBUT SAMA HITAM..HATI LAIN-LAIN

Kategori Orang Islam yang wujud dalam masyarakat yang boleh dibezakan antara satu sama lain dari sudut kekuatan kefahaman terhadap ajaran agama,iltizam dengannya,jahil mengenainya dan lain2..

muhasabah diri..NAUZUBILLAH..moga kita tidak tergolonga dalam kalangan umat Islam seperti ini..

1- Orang Islan yang tidak mengenali agamanya akibat tidak bersedia untuk mendalami ilmu2 agama kerana alasan sibuk dengan tugasan harian.

2- Orang Islam yang tidak minat terhadap agamanya sendiri kerana tidak diasuh sejak kecil amalan2 keagamaan seperti menghormati orang yg lebih tua atau menyayangi golongan yang lebih muda.

3- Orang Islam yang menjadikan agamanya sebagai bahan sampingan, jika perlu kepadanya diambil, jika rasa menyusahkan diri dipinggirkan dari kehidupan.

4- Orang Islam yang malu untuk menyatakan Islam melalui perwatakan, pemikiran, pakaian, akhlak dan lain2 lantaran terlalu kagum dengan kehidupan masyarakat barat kononnya membawa kemajuan.

5- Orang Islam yang suka mempersenda-sendakan agamanya, sama ada melalui tulisan, ungkapan, tindakan dan lain2, ia semakin menjadi-jadi dengan kelahiran golongan Islam libral,Pluralisme dan lain2 istilah baru yang bercambah kerana tidak ada penguatkuasaan oleh pihak berwajib.

6- Orang Islam yang hanya menerima Islam apabila terdesak seperti nikah kahwin, kenduri arwah, kematian, ketika sakit dan lain2, ia benar-benar berlaku dalam masyarakat umat Islam, di mana ada majlis perkahwinan, pertunangan, kematian, mereka baru nampak ustaz,tok imam, bilal untuk menyempurnakan majlis mereka, lepas daripada kesemua itu mereka tidak dalam senarai diundang.

7- Orang Islam yang beranggapan bahawa Islam seolah-olah milik tok2 guru, imam ,bilal , ustaz dan sebagainya hingga malu untuk menyatakan Islam seperti nak pakai kopiah, kononnya ia tidak sesuai kerana hanya dipakai oleh golongan2 agama semata-mata.

8- Orang Islam yang tidak ada perasaan sensitiviti terhadap agama apabila dihina seperti tidak mahu turut serta dalam menyatakan sikap terhadap kebiadaban musuh2 Islam dengan sengaja menghina rasul Allah,isteri Baginda ,ahli keluarganya dan lain2.

9- Orang Islam yang tidak menepati janji hingga dikenali dalam masyarakat dengan istilah janji melayu, sebenarnya budaya memungkiri janji ini bukanlah budaya yang baik, kerana ia adalah antara sifat nifaq (munafik ) yang semestinya disisihkan dalam kehidupan.

10- Orang Islam yang hanya berbangga dengan perkara2 luaran seperti menganjurkan musabakah al-Quran, membina banyak masjid dan surau, ini berlaku dalam negar kita sendiri, sedangkan yang sepatutnya sebagai umat Islam kita perlu berbangga dengan banyak pengisian ilmu di masjid2 atau surau2, sama ada ceramah, kuliah, forum agama yang boleh membina jati diri orang2 Islam sebagai golongan muslim terbaik terhadap agama.

11- Orang Islam yang banyak menghabiskan masa bukan untuk tujuan kebaikan agama dengan lepak2 di warung, kedai2 kopi bersembang pada perkara yang mungkin terdapat sesuatu yang tidak elok pada pandangan agama, justeru kurangkan bercakap jika tidak perlu, kerana Baginda s.a.w ada menegaskan bahawa orang yang banyak bercakap ,banyak pula kesalahan yang dibuat.

12- Orang Islam yang seolah-olah tidak ada hubungan dengan Allah S.W.T dengan tidak berzikir ,bermunajat ,solat fardhu dibuat kalau ada waktu, kalu tidak solat tak perlu, kurang nak ,membaca al-Quran ..apatah lagi berdiskusi mengenai isi2 kandungan al-Quran.

13- Orang Islam yang tidak bersangka baik terhadap Islam dengan perasaan tidak baik khususnya apabila ada cadangan nak melaksanakan undang2 Islam, prejudis terhadapnya dengan pelbagai gambaran yang sempit.

14- Orang Islam yang tidak mahu duduk dalam majlis2 ilmu sekaligus tidak akan memahaminya dengan baik, malah dikatakan bahawa orang Islam yang beramal tanpa ilmu pengetahuan agama yang mantap ,segala amalan yang dilakukannya rosak dan terbatal.

15- Orang Islam yang memandang kecil akan dosa2 besar seperti penglibatan mereka dalam jenayah2 pembunuhan , ragut hingga membawa kepada kematian, merogol , sumbang mahram dan lain2, mereka yang melakukannya tersenyum di mahkamah seolah-olah ia bukan satu jenayah.

16-Orang Islam yang melakukan apa yang tidak disuruh oleh Islam dan meninggalkan apa yang disuruh oleh Islam ,ini banyak berlaku pada hari ini , meninggalkan solat sudah menjadi fenomena biasa dan penglibatan dan kegiatan judi juga di anggap kecil.

17- Orang Islam yang menjadikan televisyen sebagai al-Quran dan surat khabar sebgai galang ganti kepada hadis,hingga ada kesanggupan memiliki televisyen yang bersaiz besar tetapi nak beli al-Quran atau kitab hadis sangat berkira,justeru ia tidak ada koleksi orang2 Islam hari ini.

18- Orang Islam yang tidak yakin kepada undang2 syariah Islam dengan mencemuh cadangan untuk melaksanakn hukum hudud,Qisas dan sebagainya dengan mempersenda jika mahu makan sup tangan boleh makan di kelantan dan sebagainya.

19- Orang Islam yang tidak memperuntukkan masa untuk Allah khususnya dalam perkara ibadah.Ini jelas berlaku apabila duduk dalam majlis2 ilmu baru setengah jam,sudah rasa gelisah tetapi duduk dalam menonton akademi fantasia hingga musim ke lapan tidak jadi masalah.

20-Orang Islam yang suka mengejar populariti dengan menyertai pertandingan hiburan keterlaluan dan sebagainya.